Friday, January 27, 2012
Ke Bank Negara
Kami baru selesai perbincangan dan laporan ke Bank Negara. Hasil perbincangan sungguh positif di mana, mereka memberi jaminan akan memulakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap polisi dan juga perlaksanaan oleh bank-bank terbabit. Kami turut meluahkan kekesalan kami dan juga penderitaan yang kami alami selama ini dan pihak Bank Negara berjanji akan cuba sedaya-upaya untuk menolong.
Special thanks to the PPIM team yang bertungkus lumus untuk menolong kami yang tertindas ini, Kak Lina, Hj. Kareem dan juga Datuk Nadzim sendiri. Budi baik kalian akan kami kenang selagi hayat dikandung badan.
Juga terima kasih kepada staf-staf Bank Negara yang memberi ruang kepada kami untuk menyampaikan secara terus permasalahan kami kepada mereka.
Thursday, January 26, 2012
Keratan dari akhbar Sinar Harian
Keratan Akhbar tentang Laporan ke SPRM
Wednesday, January 25, 2012
Fakta kes
Projek terbabit:
1 ) Estet Yamin (Apartmen bahtera)
2 ) Yamin Tower
3 ) Yamin Heights
4 ) Indah Heights
5 ) Mutiara Indah
Status Projek:
1 ) Estet Yamin - Siap tapi tiada CF
2 ) Yamin Tower - Projek dihentikan setakat 7 tingkat. Projek 11 tingkat.
3 ) Yamin Heights - Beberapa batang cerucuk sahaja.
4 ) Indah Heights - Tiada sebarang kerja dilakukan.
5 ) Mutiara Indah - Tiada sebarang kerja dilakukan.
Projek dimulakan:
Sekitar 2001 hingga 2003, bergantung kepada projek.
Jumlah pembeli:
Jumlah keseluruhan dianggarkan lebih kurang 1200 orang pembeli.
Keseluruhannya adalah Melayu Bumiputera.
Status tanah:
Sehingga hari ini, tanah masih berstatus pertanian.
Laporan ke SPRM
Pada hari ni, kami telah ke SPRM di Putrajaya untuk membuat laporan berkaitan isu perumahan tak buat (bukan terbengkalai ya tuan-tuan, tak buat langsung). Saya dan Zaki telah masuk ke SPRM untuk membuat laporan rasmi kepada dua orang pegawai SPRM sementara yang lain hadir untuk menyerahkan laporan individu dan juga memberi sokongan kepada kami.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya pembimbing kami dari PPIM termasuk Datuk Nadzim sendiri yang meluangkan masa untuk hadir ke SPRM, jurnalis media seperti Bernama TV, TV3, Al-Hijrah, Awani, Berita Harian dan lain-lain (maaf andai tertinggal).
Lawan tetap lawan..........
Subscribe to:
Posts (Atom)