Monday, March 11, 2013

Sidang Akhbar Mendesak Kerajaan Menubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Untuk Menangani Masalah Penipuan dalam Pembelian Rumah

Pada 28 Februari, bertempat di Kafe PPIM di TIngkat 3 Villa Puteri, Kuala Lumpur telah berlangsung satu sidang media dianjurkan oleh PPIM untuk mendesak kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas peringkat pusat untuk meneliti kes-kes berkaitan penipuan oleh pemaju, peguam dan juga bank dalam proses pinjaman perumahan. Kes ini timbul akibat salahguna kuasa pihak tertentu yang mana akhirnya pengguna tertipu, rumah tidak disiapkan atau tidak dibina langsung manakala pembeli terbeban dengan hutang dengan bank.

PPIM diwakili oleh Ketua Aktivis iaitu Datuk Nadzim Johan bersama dua aktivis iaitu Sdr. Mustafa dan Tn. Hj. Kareem dan turut disertai oleh wakil Sukaguam iaitu Datuk Khairul Anuar.

Soalan dari Media berkisar tentang pertanyaan bagaimana kes ini boleh wujud. Satu persatu fakta kes diterangkan oleh panelis dan turut dikomen mengikut aspek perundangan oleh Datuk Khairul Anuar. Wakil pembeli, Wan Zamzahidi bin Wan Zahid menerangkan tentang bagaimana sengsara yang ditanggung oleh pembeli yang berjumpah dianggarkan 1200 orang (berdasarkan jumlah unit yang terjual dari 5 fasa pembangunan di Pulau Indah, Pelabihan Klang oleh pemaju Simpulan Cemerlang) dimana pembeli samada telah dimufliskan atau berhadapan dengan kemungkinan untuk dimufliskan. Kes ini perlu dilihat dari sudut sistem sosial secara keseluruhan dimana masa depan pembeli terancam, termasuk isu pekerjaan dan mata pencarian yang mana tidak mustahil mendatangkan seribu satu masalah dalam aspek sosial pada masa akan datang dimana hilang punca pencarian memungkinkan sebahagian terlibat dengan aktiviti tidak sihat dan sebagainya.

Malang sekali, perkara ini tidak mendapat liputan yang sepatutnya dimana hanya Utusan Malaysia dan Perak Today yang menyiarkan berita ini sementara akhbar yang lain tidak langsung memuatkan berita ini dalam keluaran mereka. Sungguh menyedihkan bahawa kes artis kehilangan wang RM55,000 mendapat liputan yang lebih besar dari ribuan rakyat berhadapan dengan krisis muflis.


Friday, February 3, 2012

Terbengkalai??????????????

Mangsa perumahan terbengkalai ??? Bila masa kitorang jadi mangsa perumahan terbengkalai? Kitorang jadi mangsa penipuan yang melibatkan pemaju perumahan, bank, arkitek dan beberapa pihak lagi yang berkolaborasi untuk menipu sebahagian rakyat Malaysia yang berkeinginan untuk memiliki tempat berlindung....

So, again, bukan rumah terbengkalai tapi penipuan.............

Friday, January 27, 2012

Ke Bank Negara

Kami baru selesai perbincangan dan laporan ke Bank Negara. Hasil perbincangan sungguh positif di mana, mereka memberi jaminan akan memulakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap polisi dan juga perlaksanaan oleh bank-bank terbabit. Kami turut meluahkan kekesalan kami dan juga penderitaan yang kami alami selama ini dan pihak Bank Negara berjanji akan cuba sedaya-upaya untuk menolong.

Special thanks to the PPIM team yang bertungkus lumus untuk menolong kami yang tertindas ini, Kak Lina, Hj. Kareem dan juga Datuk Nadzim sendiri. Budi baik kalian akan kami kenang selagi hayat dikandung badan.

Juga terima kasih kepada staf-staf Bank Negara yang memberi ruang kepada kami untuk menyampaikan secara terus permasalahan kami kepada mereka.

Thursday, January 26, 2012

Keratan dari akhbar Sinar Harian


Nasional

Pembeli rumah terbengkalai buat laporan SPRM

PUTRAJAYA - Seramai 50 daripada 1,200 pembeli rumah di empat projek perumahan terbengkalai sejak 10 tahun lalu di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dengan mendakwa kemungkinan berlaku penyelewengan.

Hanya dua daripada mereka dibenarkan masuk oleh SPRM untuk membuat laporan itu bagi mewakili pembeli lain.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Abdul Karim Said, 57, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya datang bagi membantu pembeli-pembeli itu membuat laporan kepada SPRM.

"Kami berharap agar SPRM dapat menyiasat perkara ini supaya semua pihak mendapat keadilan yang sewajarnya," katanya.

Seorang daripada pembeli, Salmah Bakri, 38, berkata SPRM dan kerajaan Selangor harus menyiasat perkara itu kerana sudah hampir 10 tahun ia terbengkalai begitu sahaja.

Beliau berkata suaminya sudahpun membayar ansuran rumah yang mereka beli sejak tahun 2002 sehingga 2005 namun sehingga sekarang projek perumahan itu masih tidak berjalan.- Bernama.


Sinar Harian 26 Januari

Keratan Akhbar tentang Laporan ke SPRM






Beberapa keratan akhbar yang menyiarkan pasal laporan ke SPRM. Selain media cetak, media elektronik telah menyiarkan secara berterusan pada 25hb bermula dari Buletin 1.30 di TV3 seterusnya di Bernama TV, Awani, TV AlHijrah dan juga TV1.

Wednesday, January 25, 2012

Fakta kes







Projek terbabit:

1 ) Estet Yamin (Apartmen bahtera)
2 ) Yamin Tower
3 ) Yamin Heights
4 ) Indah Heights
5 ) Mutiara Indah

Status Projek:

1 ) Estet Yamin - Siap tapi tiada CF
2 ) Yamin Tower - Projek dihentikan setakat 7 tingkat. Projek 11 tingkat.
3 ) Yamin Heights - Beberapa batang cerucuk sahaja.
4 ) Indah Heights - Tiada sebarang kerja dilakukan.
5 ) Mutiara Indah - Tiada sebarang kerja dilakukan.

Projek dimulakan:

Sekitar 2001 hingga 2003, bergantung kepada projek.

Jumlah pembeli:

Jumlah keseluruhan dianggarkan lebih kurang 1200 orang pembeli.
Keseluruhannya adalah Melayu Bumiputera.

Status tanah:

Sehingga hari ini, tanah masih berstatus pertanian.

Laporan ke SPRM


Pada hari ni, kami telah ke SPRM di Putrajaya untuk membuat laporan berkaitan isu perumahan tak buat (bukan terbengkalai ya tuan-tuan, tak buat langsung). Saya dan Zaki telah masuk ke SPRM untuk membuat laporan rasmi kepada dua orang pegawai SPRM sementara yang lain hadir untuk menyerahkan laporan individu dan juga memberi sokongan kepada kami.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya pembimbing kami dari PPIM termasuk Datuk Nadzim sendiri yang meluangkan masa untuk hadir ke SPRM, jurnalis media seperti Bernama TV, TV3, Al-Hijrah, Awani, Berita Harian dan lain-lain (maaf andai tertinggal).

Lawan tetap lawan..........